Justin berlakon Bad Teacher
Ditulis oleh Rosli Manah    Khamis, 04 Mac 2010 13:36    E-mail
share

Penyanyi Justin Timberlake turut diumum sebagai pelakon filem komedi terbitan  Columbia Pictures, Bad Teacher. Lebih menarik dia akan berlakon bersama bekas kekasih, Cameron Diaz, Jason Segel dan Lucy Punch.

Ia,  diumumkan Selasa lalu oleh Doug Belgrad dan Matt Tolmach, presiden-presiden Columbia Pictures menurut satu kenyataan yang dipanjangkan oleh pihak Colombia Pictures Malaysia kepada media di Malaysia.

 

Justin TimberlakeFilem arahan Jake Kasdan itu ditulis oleh Lee Eisenberg dan Gene Stupnitsky itu akan memulakan penggambaran tidak lama lagi.

Timberlake akan berlakon watak utama sebagai guru sementara di sebuah sekolah.

Timberlake telah menampilkan lakonan yang memberangsangkan dalam filem terdahulu dan pernah menang dua anugerah Emmy daripada lakonan dalam Saturday Night Live.

Antara filem yang menampilkan Timberlake ialah Alpha Dog, Black Snake Moan dan Southland Tales. Suaranya juga pernah digunakan dalam filem Shrek 3.


Trackback(0)
Komen (0)add comment

Tulis komen.
Anda perlu daftar masuk untuk menulis komen. Sila daftar jika anda tiada akaun lagi.

busy
Terakhir dikemaskini ( Khamis, 04 Mac 2010 15:59 )
 

Pengkomen Paling Banyak

okliz
(18723 comments)
aspaLeLaPek
(16378 comments)
smai1812
(10847 comments)
cun9929
(10386 comments)
matabulat
(8631 comments)