Trilogi Cinta, Adaptasi Novel Popular
Ditulis oleh Nonie    Selasa, 04 Januari 2011 14:08    E-mail
share

Adaptasi Trilogi Cinta, novel terlaris masa kini, sememangnya dinanti-nantikan. Namun sebelum penggemar novel ini terbang jauh melayan angan-angan untuk melihat segala yang tercatat dijelmakan depan mata, Rosyam Noor awal-awal lagi mengingatkan bahawa drama terbitannya tidak akan sama 100 peratus kandungannya seperti yang dibaca.

"Saya harap pembaca tak demand untuk melihat bulat-bulat seperti dalam novel. Hanya 80 peratus akan sama dan selebihnya kami adunkan mengikut kesesuaian keadaan. Untuk menulis memang senang contohnya kapal terbang itu terhempas, namun untuk gambarkan dalam bentuk visual memang sukar.

"Pelakon banyak main peranan menghidupkan jalan cerita. Dan saya masih memegang watak utama bersama Fouziah Gous dan Amyza Adnan. Ini gandingan kami buat pertama kali dan saya yakin ianya akan menjadi," ujar penerbit Pilih Kasih ini.



Trilogi Cinta mengisahkan cinta tiga segi antara Razif (Rosyam Noor), Salmi (Amyza Adnan) dan Norjinah (Fouziah Gous) yang terjadi tanpa diduga. Kecurangan Salmi mendatangkan musibah apabila dia terlibat dengan kemalangan dan lumpuh. Kerana cinta yang mendalam, Razif menerima Salmi semula.

Norjinah pula pada awalnya seorang pembantu rumah yang ditugaskan menjaga kedua-dua anak Razif. Namun keadaan menjadi tegang apabila hubungan mesra mereka dicemburui Salmi. Dalam diam Razif menaruh hati kepadanya, namun serba salah melihatkan keadaan isterinya yang lumpuh.

Drama ini turut dibintangi oleh Raissudin Hamzah, Aida Khalida, Siti Fazurina, Reza Hasbi dan Nazim Othman.

Saksikan kesudahan drama hebat 40 episod ini setiap Ahad dan Isnin bermula 2 Januari 2011 pada jam 10.00 malam di saluran TV1.

FOTO IHSAN SUHAN MOVIES & TRADING SDN BHD & JEFFRI IRAN

Trackback(0)
Komen (1)add comment

pWincess Naigella said:

32980
Trilogi Cinta, Adaptasi Novel Popular
Drama ni best sgt!!!
 
January 09, 2011 | url
Undian: +29

Tulis komen.
Anda perlu daftar masuk untuk menulis komen. Sila daftar jika anda tiada akaun lagi.

busy
 

Pengkomen Paling Banyak

okliz
(18729 comments)
aspaLeLaPek
(16378 comments)
smai1812
(10864 comments)
cun9929
(10386 comments)
matabulat
(8631 comments)