| Drama baru 8TV |
|
|
|
| Ditulis oleh Rosli Manah |
| Jumaat, 15 Ogos 2008 23:48 |
|
Peminat drama Taiwan dihidangkan judul baru, Rolling Love dalam slot Asian Hour di 8TV. Drama menarik itu mulai ditayangkan pada 29 Ogos 2008 pada pukul 7.00 malam. Tayangannya setiap hari Isnin hingga Jumaat. Drama 20 episod itu menampilkan Jiro Wang, Tang Yu Zhe, Genie Zhuo dan ramai lagi. Pengurus Besar Pengurusan Penjenamaan, Pembangunan Perniagaan, Pemasaran dan Komunikasi di 8TV, Lam Swee Kim berkata, slot itu dibawakan istimewa buat para peminat drama siri Taiwan. Pelakon utama Rolling Love. Rolling Love adalah drama siri romantik komedi yang menceritakan pencarian cinta Lang Lie (Tang Yu Zhe) yang dikenali sebagai Le Cordon Bleu chef yang berpengalaman dan sangat terkenal kerana masakaannya yang hampir sempurna. Lang Lie yang lahirnya dalam keluarga yang kaya raya bukan sahaja diminati oleh pakar-pakar masakan terkenal dari seluruh dunia malah dipuja oleh wanita-wanita yang mengagumi kepakaran memasaknya. Dilihat sebagai memiliki segala-galanya termasuklah kemasyuran, Lang Lie bagaimanapun seorang lelaki yang tidak bahagia. Seluruh kehidupannya, Leng Lie sangat menyintai Guan Xiao Shu (Genie Zhuo) seorang penyanyi dan penulis lirik, yang telah membesar bersamanya selama ini. Mendapat kekuatan, Leng Lie akhirnya memutuskan untuk meluahkan perasaan cintanya kepada Xiao Shu pada Hari Valentine. Nasib tidak menyebelahinya kerana pada malam yang sama, semasa perjalanan bertemu dengan gadis pujaan, Xiao Shu terlibat di dalam kemalangan yang menyebabkan dia buta. Leng Lie yang berasa bersalah, telah memutuskan untuk mengabdikan dirinya untuk menjaga Xiao Shu, malangnya Xiao Shu telah menolak kerana tidak mahu Leng Lie berasa kasihan terhadapnya.
Tanda sebagai kegemaran
Bookmark
eMail ini
Hits: 6842 Trackback(0)
Komen (28)
![]()
Nics
said:
|
| LAST_UPDATED2 |





