Jom Tengok

Forbidden Kingdom

2008-04-17 18:47:40

Rating (4.23)

(13 undi)
Undi Artikel Ini!

Forbidden Kingdom

Arahan : Rob Minkoff
Penerbit : Casey Silver
Pelakon : Jet Li, Jackie Chan, Chou, Micheal Angarano, Yifei Lui, Bing Bing Li, Morgan Benoit
Diterbitkan oleh : The Weinstein Company

Filem Forbidden Kingdom merupakan sebuah filem bergenre aksi, fantasi, penggembaraan dan lucu. Ia memulakan tirai tayangan dengan kisah seorang remaja Amerika bernama Jason (lakonan Angarano) di abad ke-21 yang sangat meminati filem-filem aksi kung-fu dari Hong Kong. Ketika membeli klip filem Hong Kong di sebuah kedai, Jason tertarik pada sebilah tongkat yang kelihatan antik dan unik tanpa mengetahui latar belakangnya.

Tiba-tiba, Jason telah mendapati dirinya berada di zaman lama China. Rupa-rupanya, tongkat tersebut adalah tongkat sakti yang digunakan oleh Monkey King pada 500 tahun dulu ketika menentang Maharaja Jade dari pasukan Warlord.
 
Sementara itu, Monkey King telah diajak memperlihatkan kekuatan masing-masing di istana Maharaja Jade. Namun, Maharaja Jade (Collin Chou) telah menipu Monkey King sehingga dia menjadi batu dan tongkat sakti tersebut dicampak ke tengah-tengah negeri. Menurut ramalan, seorang remaja dari dunia luar akan menjumpai  tongkat sakti dan mencari Monkey King yang telah bertukar menjadi batu.

Jason memulakan pengembaraannya untuk mengembalikan tongkat sakti tersebut kepada Monkey King dengan sahabat baru yang ditemui iaitu Mahaguru kungfu, Lu Yan (Jackie Chan), Silent Monk (Jet Li) dan Golden Sparrow (Crystal Liu Yi Fei), yang mengetuai penggembaraan tersebut.

Penggembaraan mereka dihalang oleh sekutu Maharaja Jade iaitu Ni Chang yang berambut putih (Li Bing Bing). Sepanjang penggembaraannya Jason belajar mengenai kejujuran, kesetiaan, persahabatan dan erti sebenar kung-fu.

Jika nak tahu samada Jason dan rakan-rakannya berjaya mengembalikan tongkat sakti atau tidak dan mampukah Jason pulang ke zamannya semula,  para peminat sekalian kenalah tengok sendiri filem ini di pawagam yang mula ditayangkan pada 18 Januari ini. Jom serbu!

Tags: forbidden kingdom filem jet li jackie chan 

Kongsi Bersama

Komen (36)

  1. minat menulis:

    nak tggk!!!

  2. JaJaCoBaIn menulis:

    nampam cam best jer citer nis........nanti nk g tgk ngan my..........duuuu

  3. slumber menulis:

    ala...no 3 plak

  4. slumber menulis:

    best lah citer ni...nak tgk lah..

  5. nanizam menulis:

    moh kiter pegi tengok citer ni..best niiii

  6. gIgGurl menulis:

    best siok citer ni...jom serbu!

  7. lady menulis:

    best memang best. Family muvie

  8. mary menulis:

    Laaa best la...... tapi kantoi tak leh gi tgo kat pawagam... tak de cuti la....waaaaa.............

  9. wanayuni menulis:

    aah.. cam best jee....

  10. queenston menulis:

    ak da tgk.. bestttttttt sgt... 10*

  11. luvfunky menulis:

    dengar macam best sangat!!! Aku teringin nak tengok, tapi tak ada cuti... cian kat aku!!

  12. LolLipOp menulis:

    aku pon da nengok cite ni...best woo...

  13. LolLipOp menulis:

    cantik giler prkmpungan diorg....kalo ley nk aje aku g sne....

  14. khaiza menulis:

    best gile ke cite ni.... nti tgk xbest lak..

  15. joez menulis:

    dah lama tunggu nak lihat aksi lawan antara 2 pelakon yang hebat,mesti best citer ni

  16. seraiwangi menulis:

    huhu...dua2 aku suke....mesti best cite ni

  17. jindabar menulis:

    betul-betul best laaaa.............

  18. blackrose menulis:

    aku lom tgk lagi....debaran terasa memang best agaknyer......last2 couple jgk bdk 2 org ni belakon.......

  19. teppei menulis:

    mcm nak tgk jer citer nie...ehehe...1st time Jacky jumpe Jet Li dlm filem...

  20. FARRA87 menulis:

    aku ske betul la kalo jet li nie berlakon..so..aku nak nengokkkkkk

  21. neoshida menulis:

    Peluang menjadi Usahawan IT dan Telekomunikasi. Jadikan HandPhone anda sebagai 1 aset tambah pendapatan. Dapatkan teknik bagaimana HandPhone anda bertukar menjadi mesin menjana WANG! Terbuka kepada semua pelajar- pelajar IPT, semua pekerja dan semua pengguna HANDPHONE postpaid atau prepaid! Teknologi francais SERVER pertama di Malaysia. Rakan kongsi diperlukan di seluruh Malaysia dan Indonesia! Perniagaan Mobile Commerce secara ONLINE. Daftar PERCUMA sekarang !!! (Sila 'copy' dan 'paste' URL di bawah) www.MoBiz2u.com/neoz

  22. babykasz menulis:

    i da tgk filem neh..mmg besh sgt!!!! nak g tgk agi r.. rugi xg tengok..

  23. eZzaDDe menulis:

    memng tul2 best ke? nanti lah kte nk tngk gak..

  24. nanizam menulis:

    best woo...citer ni..mmg puas hatilah

  25. wahyu menulis:

    hai...ayu dah tgk dah cite nieee.... best.....geli hati..jalan citer die menarik gak..aksi-aksi kung fu die,,,fulamak...kung fu dorggg....x rugi pun beli tiket nie..ok tgk jan tak tgk.....

  26. Muchang menulis:

    Memula aku hampa bile couple ku mo tgk citer ni.. last2 aku plak yang over acting.. kecoh wayang aku kerjakan.. huuu

  27. faim menulis:

    ingat kan cite nie cam negara org putih.,.,rupe nye x.,.,cite nie cam kera sakti.,.,.,

  28. splintercell529 menulis:

    pheh monkey king...feveret haku citer nih...huhu

  29. SarahAthirah menulis:

    Aku x tgk lg citer ni. Best ke???????.....

  30. AdrinaSofea menulis:

    best sesgt citer ni... rugi x tgk..

  31. MatRempit menulis:

    Korang semua hisap batang aku lagi bagus..!!!! Kalau teringin sila e-mail aku kat:- matrempit79@yahoo.com

  32. dzul menulis:

    ader saper nak knlan x??hehee.....

  33. fatien menulis:

    ehh..yg dzul 2 nk komen cite ke nk knal???emmm..kalo gitu bleh jgak nk kenal...huuu9

  34. syahrain menulis:

    eh2..nk knal la plak..bereh..xtkut kne mrah ngan `atok' ke????huhuhu..nnt kne mrah spe nk jwb,jwb sdiri le..hehehe..

  35. ivana menulis:

    ble bca sinopsis cte ni nmpk cm best je,tah ble leh tgk ek...wah kat cini dh cm ruang mcari kenalan,bgus gak ek.....

  36. koncekijau menulis:

    WEIIII...MASTER AKU BERLAKON LA... MESTI LA BEST.. GILER KENTANG RRR CITER DIA

Tinggalkan komen

Untuk menghantar komen, sila login. Masih belum berdaftar? Daftar sekarang secara percuma





http://www.meebo.com/rooms