|

Aizat Amdan, salah seorang penyanyi muda berbakat besar yang sedang menempa nama di persada seni suara kini sedang sibuk dengan persiapan untuk roadshow yang pertamanya bersempena penganjuran pertandingan karaoke lagu-lagu Aizat di lokasi-lokasi Red Box Karaoke dan pusat membeli-belah seluruh negara dengan kerjasama antara Universal Muzik, Kasi Gegar Entertainement Sdn Bhd, dan Mangga Online.
Sebuah album terbaru Aizat yang wajib dimiliki telah berada di pasaran mulai Jun 2009; menampilkan lagu-lagu hits seperti berikut:- 1) Fikirlah 2) Hanya Kau Yang Mampu 3) Lagu Kita 4) Sahabat 5) Selamat Tinggal Akhirnya 6) Cintai Diriku 7) Melodi Cinta 8) Hanya Kau Yang Mampu (versi Akustik) 9) Kau Aku 10) Itulah Dirimu 11) Pergi
Ini juga merupakan antara senarai lagu yang peserta perlu nyanyikan di pertandingan karaoke di lokasi-lokasi Red Box Karaoke dan pusat membeli-belah yang telah ditetapkan. Penyertaan adalah percuma dengan pembelian album VCD Karaoke Aizat di lokasi pertandingan mulai jam 10 pagi pada tarikh seperti berikut:-
Hendak tahu dimanakah lokasi kami pada 1 dan 2 Ogos nanti? Jangan lepaskan peluang untuk bertemu kami di dua lokasi pertama kami di negeri Johor Darul Takzim.
1hb Ogos 2009 – Red Box Pelangi Mall, Johor Bahru 2hb Ogos 2009 – Ruang Legar, Kluang Mall Johor
Sertai kerancakan Pertandingan Karaoke Lagu-lagu Aizat yang terbuka kepada semua peringkat umur dan menangi hadiah utama bernilai RM3000 serta hadiah-hadiah sampingan lain.
Norman Ismail: Nak nyanyi lagu "Hanya Kau Yang Mampu" tapi apakan daya tak termampu membawanya!
Trackback(0)
 |